Syukur kehadrat Illahi kerana masih memberi aku nyawa dan nafas sehingga skrg :)
Tergerak hati aku untuk menulis tentang kebesaran Allah SWT. Kita selalu dengar orang lain berkata 'Allah amat sayangkan kita.' Kenapa ? kerana Allah masih bagi peluang untuk kita bertaubat dan mencari pahala didunia-Nya. Bayangkan jika kita telah melakukan satu dosa besar tetapi belum sempat kita bertaubat, kita telah meninggal dunia..Allahurabbi .. belum sempat kita bertaubat ! Kita akan diseksa di kubur dan di humban ke Neraka .. Allahuakhbar .. sanggupkah kita ?
Sebenarnya bg saya, hidup di dunia ni umpama puasa yg panjang..memang kita sebagai Muslim ada had2 dalam setiap perbuatan..tetapi semua itu adalah ujian bagi Allah SWT kepada kita .. jika kita boleh bertahan, insha Allah Syurga lah tempat kita kelak .. di Syurga kita bebas lakukan apa sahaja .. itulah ganjaran amat berharga bg kita, umat Islam dan pengikut Rasulullah SAW ..
" Barang siapa yang Akhirat menjadi harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan putuh dan hina. Tetapi siapa yang dunia menjadi harapannya. Allah akan menjadikan kefakiran berada dii depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekedar apa yang telah ditetapkan baginya. " {Hadits Riwayat Tirmidzi}
"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan Sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan." {hud (11): 15}
Kata orang, "Allah hanya menguji hambanya yang mampu."
- Ya Allah, mampukah kita untuk menerima ujian ini ?
Kata orang, "Setiap kali kita sakit, Allah akan gugurkan dosa kita."
- Ya Allah, akan gugurkah dosa-dosa yang telah ku lakukan ?
Kata orang, "Allah beri kita sakit kerana Dia sayangkan kita."
- Ya Allah, sayangillah hamba-Mu ini .. kerana Engkau Maha Menyayangi dan tiada insan yang akan menyayangi aku sehebat kasih sayang dari Engkau
Kata orang, "Allah menguji kita kerana Dia mahu kita sentiasa rindu kepadanya."
- Ya Allah, Engkau jadikanlah aku hamba yang sentiasa rindu pada Mu
Hanya Engkau yg mengerti diriku .. tiada tuhan yang layak disembah selain-Mu, Allah SWT .. berikanlah aku kekuatan agar dapat aku teruskan perjuangan mempertahankan agama-Mu, meneruskan ajaran Rasul Mu, menegakkan agama Mu, mencari keredhaan Mu di dunia dan di akhirat..Sesungguhnya tiada Engkau Tuhan sekalian alam .. aku bersyukur kerana aku dilahirkan di dalam agama yg benar .. agama Islam .. Ya Allah Ya Tuhanku, andai dia adalah jodoh ku, Kau kekalkanlah perasaan aku terhadap dia dan andai dia bukan jodohku, Kau jauhkanlah perasaan aku terhadap dia .. aku berserah kepadaMu .. Amin Ya Rabbal a'lamin


No comments:
Post a Comment